Cinta tidak
boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan
bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma
satu yang akan jadi igauan pemujanya.
Peraturan cinta
menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta
itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh
walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama
bercinta!
Cinta hanya satu
perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan
rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan
kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali,
bisa jadi penyakit.
Tuhan tahu rasa
hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa dia, dia tak
lupa kita. Di tangan dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada
mahu dapatkan kunci itu atau tidak.
Kadang-kadang,
kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia
mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan
orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.
Dalam hidup ini,
tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita
terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan
orang lain.
Kadang-kadang
Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya
matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.
Terkadang, kita
tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana
terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi
adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.
Sungguh benar
bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya.
Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita
miliki sampai kita mendapatkannya.
Benarkah bahawa
percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus
mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya
setiap waktu ?
No comments:
Post a Comment